Saturday, December 24, 2011

AKU DAN JPJ

Pada suatu pagi ni, aku dh lambat nak p keja. Aku pun bawak keta dengan gaya samseng sebab dah memang lambat gila.

Selepas aku menyusur keluar ke federal highway dengan gaya Transporter, aku ternampak truck JPJ dok bawak kat lane kiri tak lebih 80km/j. adoi.. menurut perintah betoi.

Disebabkan aku lambat, aku pun discreetly memotong JPJ tersebut. Tapi dalam hati, dok takot kena tahan dengan JPJ sebab bawak laju. Cukup la pengalaman kena tahan dengan pegawai smart tunnel dulu. Tak mau aku menangis depan JPJ pulak.

Lepas aku dah menghilangkan diri dari pandangan JPJ tersebut, aku terjumpa lagi satu truck in blue kat depan aku. Aku just nampak logo saja.

"Alamak... another JPJ???" I said to myself. Ok la.. aku jadi baik la.. aku bawak la pelan-pelan kat belakang truck tu.

Ya Allah.. depa ni bawak keta tekan minyak ka, tolak dengan kaki? kalau aku turun TOLAK keta aku pun lagi laju dr depa bawak. Adoi.. takpa-takpa. sabaq Anis. Hang tak mau menangis depan JPJ, kan??

Tetiba, phone aku bunyi. Nombor tak kenai. Alamak.. ni mesti orang yang nak deliver katil aku nih. Aku pn angkat la, put him on loud speaker. Punya takot JPJ tahan aku sebab cakap phone while driving.

So lepas cakap dengan mamat tu, I was approaching the toll. Truck tu menuju ke arah lane "Tunai". Yay!! Aku bebas! Aku pun pederaih la p Touch 'N Go. Masa kat toll tu, aku nampak truck tu melepasi toll. Then, aku tengok truck tu balik - CAREFULLY.

Kat truck tu, tertulis....

"MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA"

No comments:

Post a Comment