Tuesday, May 28, 2013

Kami, Basikal dan Bukit Cerakah

Di suatu pagi yang indah dan nyaman, aku dan Azy bersemangat nak buat sesuatu yang kami tak pernah buat.

Cycling at Bukit Cerakah.
Yes, we said to ourselves, it was time to stay healthy and fit.

Maka tiba lah kami di Bukit Cerakah... masa aku dok park, aku kata kat Azy, "Kita mai every weekend nak? Kan best macam ni. Sihat wal'afiat sikit."

Azy menjawab dengan muka excited, "InsyaAllah..."

Masa nak keluaq tu, kami dua simpan wallet dalam keta aku. Just bawak a few ringgit ja, kot-kot la nak beli ayaq ka, nak derma kat orang ka (dalam tu pulak ada orang dok mintak derma Anis oi!). So dalam poket aku, just ada duit dengan kunci keta. Lega aku tak payah pegang apapun. I was free from commitment with my handbag!

Masuk-masuk ja entrance tu, nampak la bengkel sewa basikal.. ramai jugak orang yang dok beratoq.
Disebabkan terlalu awai pagi untuk memperlihatkan keJUAHan kami kat orang dengan memotong line tersebut, kami pun beratoq la sama..

Masa tengah beratoq tu, nampak papan tanda ni... dan peraturan nombor 8 menarik perhatian aku.




















Aku pun kalih kat Azy, "Hang CONFIRM-CONFIRM kena ada 15 ringgit dalam tangan."

"Gila punya korang ajaq," Azy menjawab dengan muka selamba.

Ada sorang budak laki yang dok beratoq depan kami tergelak dengaq aku kata kat Azy.
Azy berbisik, "Gelak pulak aku TABOH bagi kot."

Bila tiba giliran kami, kami pun bagi la nama kat akak tu...
Then akak tu cakap, "IC atau lesen?"

"Aik, naik beskal pun kena ada lesen ka?" terdetik hati aku.

"Kami tak bawak kak. Ada dalam keta," Azy jawab.

"Ooo.. nak kena ada, dik. Nak buat cagaran. Takpun, RM50 ada tak? Just nak make sure basikal dipulangkan," akak yang comel itu berkata.

"Ha! RM50 saya ada kak," aku dengan pantas menjawab dan menyeluk poket.
Tengok-tengok, dua puluh ringgit pun tak sampai. Aduh malunya. "Tak cukup la kak. ehehe"

"Erm... ni saya cagaq jam tangan saya boleh ka?" Azy kata sambil memegang-megang jam tangannya.

Aku tengok Azy, "Haih! Hang ni gila apa!" lalu menoleh ke arah kakak tersebut, "Boleh ka, kak?"

"Jam tangan saya pun ada, dik," akak tu menjawab.

Ek ele.. berlagak akak ni.

Sesudah habis benda-benda yang ditawar untuk dicagarkan kepada kakak tersebut, kami pun pi la ke kereta nak amik lesen masing-masing. Tang ni ja dah dekat SEJAM. Basikal pun tak pegang lagi.

So lepaih dah bagi lesen, kami pun dapat la basikal.. Inilah basikal kami.
Tang seat tu agak menyakitkan la. Aku nak bagi cadangan kat depa agar bubuh sofa instead.




















Kayuh punya kayuh punya kayuh.. tiba la kami di RUMAH EMPAT MUSIM.
Time kami pi tu time Winter... so depa tulih la kat papan tanda nak masuk tu "MUSIM SEJUK".

Aku pun berbisik kat Azy, "Kalau Musim Tengkujuh, macamana la depa buat agaknya na."

Kami pun masuk la dalam tu. Pergh... sejuk gila wooo... sampai muka Azy jadi biru kehitaman teruih punya sejuk. Lagi terok daripada biru avatar.
Tak pecaya? Tengok!




















Jadi sebelum aku bertukaq jadi biru kehitaman macam Azy, aku pun ajak Azy keluaq la dari rumah musim tu.
Sambung kayuh basikal lagi. Memang mencabar minda, tenaga zahir dan batin berbasikal di Bukit Cerakah ni. Tapi dengan semangat kental untuk badan yang sihat, kami meneruskan perjuangan kami.

Akhirnya, kami sampai di bengkel basikal yang mula-mula tadi.
Alhamdulillah... berjaya kami habiskan satu round kat Bukit Cerakah ni. Best-best. Aku nak ajak Azy mai lagi la minggu depan.

"Azy, best kan?! Kita mai la--" aku baru berkata-kata bila Azy menyampuk.

"AKU TAK MAU MAI DAH HANG TAU DAK! NI YANG PERTAMA DAN TERAKHIR KALI PUNYA. SAKET PUNGKOQ-PUNGKOQ AKU NAIK BESKAL GILA NI. HANG NAK MAI KALAU HANG NAIK BESKAL SORANG, AKU NAIK BAS TU, LEPAIH TU AKU PI DOK DALAM RUMAH MUSIM SEJUK!!!" 

Maka, sekian lah aktiviti berbasikal kami untuk pertama kali ini dan yang terakhir kali.
Semoga kita tidak berjumpa lagi, Bukit Cerakah.

The End.