Friday, June 22, 2012

"JANGAN BAGI MUKA!"

I was talking to Azy last night during our dinner, how different the way parents teach their children during our time, the time before us, and today.

So terkeluaq la macam-macam scenarios yang we talked about.

Scenario #1: Anak kena pukui dengan cikgu sebab nakai macam jemuan. 

Zaman sekarang
Parents go to the school, complain to the principal about the teacher. 
Anak depa yang betoi. Cikgu salah. "Berani cikgu pukui anak kami! Kami saman sekolah ni!" katanya...

Zaman dulu 
Anak menangeh-nangeh balik dari sekolah. 

"Awat hang Ril?" tanya bapak. 

"Kena pukui dengan cikgu," kata Ril sambil mengesat ayaq mata yang bercucuran jatuh.

"Awat cikgu pukui hang?" tanya bapak lagi. 

"Tak tau la.." jawab Ril.

So keesokkan harinya, bapak pun pi la sekolah jumpa cikgu yang pukui Ril... 
Ril rasa lega la cikgu tu nak kena "berus" dengan bapak dia. 

"Cikgu, toksah dok bagi muka kat deni. Kalau jahat, bagi ja. Lemak lebih ni dok bagi muka! Lain kali dok buat perangai loklaq dia, bagi ja tang tengah belakang tu," bapak tiba-tiba pi bagi kebenaran kat cikgu lagi.

Ril menangeh lagi terok selepas kejadian tersebut. 

Scenario #2: Anak/cucu menjawab cakap mak bapak/nenek/tok ayah dan yang sewaktu dengannya.

Zaman sekarang 
Lani semua anak-anak selamba ja menjawab cakap mak bapak. Kononnya, they need to express themselves. Express, express jugak, tapi kalau dah sampai tahap kurang ajaq, sendiri la pikiaq. 

Mak bapak pun terima ja lani anak-anak menjawab. 
Kadang-kadang tu dah macam tak dak control over the kids.

Zaman dulu
"Anis apa hang dok tengok TV tu saja. Pi ambik penyapu sapu rumah, sapu keliling rumah semua," mak tok memberi arahan sambil memasak gulai ikan di dapur. 

"Sat la..." Anis menjawab sambil mata terpaku kat skrin TV. 

"Pi ambik LANI jugak penyapu tu cepat. Aku tak boleh tangguh-tangguh keja ni," mak tok memberi amaran pertama. 

"Alaaa... orang nak tengok TV pun tak senang," Anis membisik. 

"Apa hang kata?! Kata lagi sekali aku nak dengaq! Ni aku dok tumbuk sambai belachan ni, aku ramaih mulut hang dengan cabai ni kot nanti! Jawab lagi sekali aku nak dengaq!" mak tok meletup, sambil tala lesung batu kat aku. 

Anis yang ketaq satu badan terus bangun dan mencapai penyapu yang dibeli di Sin Lam Bee itu.

Scenario #3: Anak kena gigit tebuan.

Zaman sekarang 
Alahai... kesiannya!! Cepat la bawak pi hospital.. Pi hospital swasta la toksah dok pi hospital kerajaan oi...., lambat!!

Zaman dulu 
Ril balik sambil menangeh-nangeh. 

Bapak, "Awat hang?"

"Dok main bola td kat padang, tak tau bila tebuan gigit," Ril jawab sambil tersedu-sedu menangeh. 

"Allah... tebuan gigit dok buat lagu kena patok ulaq senduk. Pi suruh mak hang boh ubat," kata bapak sambil menyambung baca paper di beranda. 

"Saket tau... aaaa...," kata Ril sambil menangeh. 

"Hang anak jantan ka tak? Toksah dok buat lembik terok. Hang menangeh lagi aku nak tengok. Menangeh! Aku nanti BAGI lagi kot ataih lagi terok dari tebuan, lagi terok dari ulaq senduk. Hang menangeh aku nak tengok," bapak warned. 

Sengap teruih Ril. 

Scenario #4: Bila anak/cucu nak pi bejalan-jalan. 

Zaman sekarang 
Sekarang nak pi mana-mana, dekat 5 minit saja pun nak naik keta.
Kalau rumah sebelah One Utama pun, nak naik keta jugak because walking now is a criminal. 

Nak naik public transport lagi la. Some children nowadays tak penah naik public transport selama depa hidup. "Public transport ni sesak, lambat, susah, troublesome." katanya...  

Zaman dulu
"Anis, apa yang hang dok besiap punya lama? Nak pi Komtar cabok tu pun nak besiap pakai bulu mata tumpang semua ka?" mak tok berkata dari bawah. 

"Ha ni dok mai dah...!" Anis berkata sambil turun tangga. Seronok tak terkata di hati sebab nanti nak makan McDonald's kat Komtar.

Anis and mak tok walked to the bus stop. 
Yes, they didn't have a car. Bus awam, lancha (beca) and teksi sapu (unregistered cab) were their transport.

Sampai ja kat bus stop, they saw a bus just went away. Alamak! Jenoh nak kena tunggu for the next one. 

"Mak tok, jom kita naik teksi sapu tu. Nak tunggu lama ni. Panaih pulak," Anis said to mak tok. 

So mak tok and Anis went to the teksi sapu... 
"Seram aih aku tengok teksi ni. Macam nak reban ja," kata Anis di dalam hati.

"Apek, berapa pi Komtar?" mak tok membuka pintu passenger dan bertanya apek teksi tersebut. 

"Komtar ar? 6 linggit," apek tersebut menjawab. 

"Apa hang ni punya merapu sampai 6 ringgit apek oi?! Belakang hidung punya dekat sampai 6 ringgit?! Cekik darah apa ni! 6 ringgit boleh beli popia depan hospital 5 bungkuih tau dak! Tak mau la!" mak tok berkata sambil menghempas pintu teksi tersebut. 

Nasib baik tak roboh teksi sapu yang ancient tu. 

"Mengarut sangat sampai 6 ringgit. Tunggu ja bas sampai. Panaih pi la sikit," mak tok berkata sambil memegang tangan Anis dan berjalan menuju semula ke bus stop. 

Yes, the way children are raised by parents then and now is very different.  

Dulu lagi brutal, dictator style. You have no say, I make the calls for you. You just follow. 
And we didn't rebel. We know that they did that for our own good. To shape us to be who we are today - stronger, independent, tak manja, tak lembik, tak mudah give-up.  

Yang paling best, kita pernah rasa susah, kita pernah lalui zaman kena kejar bus because we didn't want to wait for another hour for the next one, just to go to Kampung Makam yang just a few minutes away tu. 

And we faced it together with our parents/grandparents. When we get through the roughest journey in life together, we get through everything and anything together. We grow closer, we appreciate each other even more.

Alhamdulillah, my grandparents and parents have set excellent examples to me. 
To my future kids, hangpa tunggu la ke-Che Jam-an aku yang akan menyerlah nanti. Tunggu la hangpa... 

15 comments:

  1. Hahahaha. So true! Budak lani mmg manja lebih. Kakak I buka tadika budak 5-6 yo leh ckp "teacher, I pun de iPhone and iPad" "if result exam ok, parents nak bwk holiday kat London". Dulu nak pencil color 36 tu kena dapat straight A baru boleh -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dulu menangih guling-guling atas lantai Komtar tu mintak anak patung 20 ringgit pun mak tok I tak layan. Dia pi ja bejalan pi tempat lain. Sikit pun tak heran. hahaha!

      Looking back, I am so glad she did what she did :) Al-Fatihah for her.

      Delete
  2. ahah...zaman dulu n lain mmg lain sgt...
    bertuah betui aku dpt rasa suma bnda ni juga
    EXCEPT for GIGIT TEBUAN tu suma la..
    aku taktau la.... TAKTAU BERAPA KALI PULAK AKU NK BACA ENTRY NI

    -azy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? zaman dulu is the best. lani semua budak-budak lemak lebih! mau kena macam mak bapak, tok nenek kita dulu baru ada akai.

      Delete
  3. Kak anis. U remind me to maktok. I miss her so much. Sometimes it makes me cry thinking of her good deeds and how she teach me quran last time. Really love her.

    -nurul-

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww... hadiah Al-Fatihah whenever you think of her k dear :)
      I miss her too. All the time :)

      Delete
  4. sy setuju ok... best tul bace blog nie.. lawak2...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Agree Anis :)

    Alhamdullillah I was raised with the same methods you story above. Nak share one of my personal story with my arwah Tok also:

    Masa tu standard 5, suker benar tangkap ikan dalam parit depan rumah. One day, was too excited nak tangkap anak2 ikan haruan, terus melutut tepi parit yang penuh rumput tu tak sedaq landing atas kaca. Terbelah tepi betis, agak dalam gak lah sebab banyak darah. Because it happened so fast and the 'kaca' was so sharp, sikit pun tak sakit, so tak nangis la. Cepat2 balik rumah nak mintak Tok bubuh ubat, tapi sampai ja depan pintu, nangis.. Bukan sebab sakit, tapi takut Tok marah.. Sure enough bila habaq kat Tok apa jadi, the first thing she said was "Haa, hang pi la terjun lagi parit tu, pi, pi terjun..." Bertambah2 la melalak.. Tapi lepaih tu Tok pi jugak ambik ubat gamat kat dapuq..

    Sniff, tetiba rindu kat Tok kami jugak..

    Insya-Allah, I hope I can raise my son with the same (or almost the same) way :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Diyana! sorry Anis ni banyak kawan nama Diyana.. Diyana mana satu ni, ye? :)

      Thanks for reading, by the way! :)

      Delete
  7. Spot on, ini semua benar2 kejadian....! As the only son in my family, the treatment that i received lagi brutal... Hahaha..... Tapi itu semua membantu bila dah besaq n mengadap dunia ni. i wonder what kind of a father would i be one day...... hmmmmmmm......... *thingking

    ReplyDelete
    Replies
    1. share la sket experience tu.. mesti best! hahaha

      Delete
  8. ah! those were the days..
    i sometimes jalan kaki balik rumah from KTM.. even tho jauh 5KM.. saje nak rase pe'el zaman kekanak dulu. dulu 5KM kanak2 rase jauh cam macam 10KM pun boleh jalan kaki... inikan 5KM dah tua nih..

    ReplyDelete