Tuesday, November 25, 2014

Aku Diingatkan



Aku diingatkan. 

Betapa besarnya rahmat Yang Esa yang memberikan aku tempat tidur yang sangat selesa. 

Betapa ramai orang yang tidur di bawah jambatan, di tepi jalan. Yang tidur beralaskan kotak buruk. Yang sesetengah itu tidak beralaskan apa-apa pun. 

Apa lebih dan kurangnya aku dengan mereka. Sesungguhnya tiada. Tetapi rahmat Allah amat besar dan Dia menguji hambaNya dengan kesusahan dan kesenangan. 

Katil yang empuk tidak semestinya membawa hamba dekat dengan Pencipta. Kadang-kadang ianya melekakan. 

Kadang-kadang alas kotak kotor yang mensucikan hamba daripada dosa-dosa. Yang menyucikan hati walaupun luarannya dipandang hina. 

Aku diingatkan.

Agar berwaspada dalam apa jua keadaan. Kerana susah dan senang adalah ujian Ilahi. Ujian untuk menguji hati ini.

No comments:

Post a Comment